Bagaimana saya boleh menghasilkan rubrik?

Untuk melihat video mengenai topik ini, log masuk ke akaun ClassFlow anda dan pilih anak panah lungsur turun pada ikon Bantuan.


Rubrik merupakan cara yang hebat untuk menetapkan jangkaan pelajar pada tugasan. 

Untuk menghasilkan rubrik:

  1. Pilih Sumber Saya, pilih +Baru kemudian pilih Rubrik.
    Secara alternatifnya, anda boleh klik kanan pada folder, pilih +Baru kemudian pilih Rubrik.
  2. Masukkan ciri rubrik.
  3. Pilih Selesai.
  4. Pilih pandangan anda.
    • Guru
    • Pelajar
    • Tunjuk Kedua-dua
  5. Masukkan maklumat rubrik ke dalam metriks.
    • Prestasi
      • Tahap Pencapaian
      • Markah (opsyenal)
        Nota: Mata Maksimum akan menunjukkan nilai mata maksimum bagi sebarang garis panduan.
        Nota: Jika markah tidak ditambahkan kepada rubrik tersebut, ia tidak boleh digunakan bagi tujuan penggredan dalam tugasan yang berkaitan.
    • Kriteria
      • Standard
      • Penerangan Kriteria
    • Garis Panduan Pencapaian
  6. Pilih Simpan.

Nota: Imej, Aksara Khas, dan Formula Matematik boleh ditambahkan kepada mana-mana bahagian rubrik.

Setelah dihasilkan, rubrik mesti dilampirkan kepada tugasan yang akan digunakan dengan pelajar. Untuk bantuan lanjut tentang cara melampirkan rubrik kepada tugasan, sila lihat: Penguntukan Rubrik.