Bagaimana saya boleh melampirkan rubrik kepada Tugasan?

Untuk melihat video mengenai topik ini, log masuk ke akaun ClassFlow anda dan pilih anak panah lungsur turun pada ikon Bantuan.


Rubrik hanya boleh diberikan kepada pelajar menerusi Tugasan.

Untuk memperuntukkan rubrik kepada pelajar:

  1. Pilih Sumber Saya dan pilih tugasan yang dikaitkan dengan rubrik.
  2. Pilih Edit Tugasan.
    Nota: Langkah 1 dan 2 tidak perlu jika anda telahpun berada di dalam Pembina Tugasan.
  3. Pilih Rubrik dan panel +Lampir Rubrik akan dibuka.
  4. Pilih rubrik yang ingin lampirkan kepada tugasan itu.
    Nota: Rubrik hanya boleh ditemui di dalam Sumber Saya.
  5. Pilih.
    Rubrik itu, serta butirannya, kini akan muncul di dalam panel.
  6. Pilih Simpan.
  7. Pilih Hantar jika anda telah bersedia untuk menghantar tugasan itu, dengan lampiran rubrik, kepada kelas.
  8. Pilih kelas yang menerima tugasan itu.
  9. Setkan tarikh dan masa untuk tugasan.
  10. Pilih Simpan.
  11. Pilih Keluar.

Secara alternatif, anda boleh menyampaikan tugasan kepada pelajar pada masa lain menerusi Sumber Saya.

  1. Pilih tugasan itu dari Sumber Saya.
  2. Pilih Berikan.
  3. Pilih tarikh mula dan akhir bagi tugasan itu.
  4. Pilih Simpan.

Rubrik dimarkahkan sebagai sebahagian daripada tugasan itu. Untuk maklumat lanjut tentang topik ini, sila lihat: Bagaimana saya boleh memberikan markah kepada tugasan yang disampaikan menggunakan rubrik?